
Dulu ramai masih boleh bernafas bila had penggunaan sekitar 300 liter. Lepas itu turun ke 200 liter. Sekarang bila angka 150 liter pula mula diperkatakan, makin ramai mula rasa tekanan sebenar kos hidup hari ini.
Hakikatnya, untuk sesetengah rakyat Malaysia, 150 liter memang tidak cukup, terutamanya mereka yang bekerja jauh setiap hari demi mencari rezeki.
Ada yang ulang-alik lebih 50KM sehari. Ada yang kerja shift. Ada yang terpaksa redah jem pagi dan malam hanya untuk pastikan keluarga cukup makan setiap bulan. Minyak yang diisi bukan digunakan untuk berjalan suka-suka pun, tapi majoritinya habis semata-mata untuk pergi kerja dan balik rumah.
Bila had makin mengecil, ramai mula rasa hidup pun makin sempit. Semua benda kena berkira. Nak keluar makan fikir bajet. Nak bawa keluarga jalan-jalan fikir minyak. Nak beli sesuatu untuk diri sendiri pun rasa bersalah sebab terlalu banyak komitmen yang perlu dijaga.
Yang paling penat sebenarnya bukan sekadar fizikal, tapi mental. Penat bekerja seharian, balik pula dengan kepala penuh fikir pasal duit, bil dan masa depan. Sebab itu ramai tanpa sedar mula jadikan kereta sebagai satu ruang untuk “healing” sekejap sebelum masuk rumah.
Kadang-kadang lepas parking, kita duduk dulu dalam kereta beberapa minit. Diam. Main lagu perlahan. Tarik nafas panjang. Sebab dalam dunia yang makin menekan sekarang, ruang kecil dalam kereta itulah tempat paling tenang untuk lepaskan penat.
Sebab itu bila hidup luar makin serabut, ramai mula hargai keselesaan dalam kereta sendiri. Walaupun kereta bukan kategori mewah, sekurang-kurangnya bila duduk di dalam, rasa lebih tenang, lebih kemas dan lebih selesa selepas seharian bekerja keras.
Dalam masa yang sama, rakyat berharap setiap keputusan dan kenyataan yang melibatkan kos hidup dibuat dengan lebih teliti dan memahami realiti sebenar rakyat biasa. Sebab apa yang nampak kecil pada angka dan statistik, sebenarnya sangat besar kesannya pada orang yang bekerja keras setiap hari hanya untuk teruskan hidup.
Kami berharap had 200 liter dapat dikekalkan demi membantu rakyat yang benar-benar bergantung pada kenderaan untuk bekerja dan mencari rezeki setiap hari. Malah ramai juga berharap hak 300 liter seperti sebelum ini dapat dipertimbangkan semula, kerana realiti kos hidup dan perjalanan harian sekarang semakin mencabar untuk rakyat biasa.
Dan bila dunia luar dah terlalu memenatkan, sekurang-kurangnya biarlah ruang dalam kereta jadi tempat yang beri sedikit ketenangan. Nak cuba ambil AMAN CAR SEAT bukan sekadar untuk nampak cantik, tapi untuk bagi rasa selesa, kemas dan tenang setiap kali memandu, walaupun hidup tengah penuh tekanan.
Share this post
